Trade Anytime, Anywhere
Important Information
This website is managed by Ultima Markets’ international entities, and it’s important to emphasise that they are not subject to regulation by the FCA in the UK. Therefore, you must understand that you will not have the FCA’s protection when investing through this website – for example:
Note: Ultima Markets is currently developing a dedicated website for UK clients and expects to onboard UK clients under FCA regulations in 2026.
If you would like to proceed and visit this website, you acknowledge and confirm the following:
Ultima Markets wants to make it clear that we are duly licensed and authorised to offer the services and financial derivative products listed on our website. Individuals accessing this website and registering a trading account do so entirely of their own volition and without prior solicitation.
By confirming your decision to proceed with entering the website, you hereby affirm that this decision was solely initiated by you, and no solicitation has been made by any Ultima Markets entity.
I confirm my intention to proceed and enter this website Please direct me to the website operated by Ultima Markets , regulated by the FCA in the United KingdomKetahui cara berdagang indeks utama seperti S&P 500 dan NASDAQ. Terokai strategi perdagangan, trend pasaran, dan pengurusan risiko yang berkesan untuk berjaya dalam perdagangan indeks.
Artikel ini akan terangkan maksud indeks, cara ia dikira, jenis indeks global yang popular, serta bagaimana anda boleh berdagang indeks melalui CFD.
Secara ringkas, maksud indeks ialah ukuran prestasi sekumpulan saham atau instrumen kewangan lain. Indeks ini membantu pelabur melihat gambaran besar pasaran tanpa perlu analisis satu persatu syarikat. Contohnya, S&P 500 mewakili 500 syarikat terbesar di Amerika Syarikat dan sering dijadikan rujukan arah pasaran global.

Setiap negara, sama ada besar atau kecil, mempunyai satu atau lebih indeks saham. Indeks ini mewakili pelbagai kategori syarikat yang disenaraikan di bursa saham negara tersebut.
Beberapa indeks saham yang paling dikenali ialah:
| Indeks | Negara/Wilayah | Rujukan |
| S&P 500 (SPX) | United States | 500 syarikat terbesar yang disenaraikan di US |
| Dow Jones Industrial Average (DJIA) | United States | 30 syarikat terkemuka US merentas pelbagai sektor |
| NASDAQ Composite (IXIC) | United States | Lebih 3,000 syarikat yang disenaraikan di Nasdaq |
| FTSE 100 (UKX) | United Kingdom | 100 syarikat terbesar di Bursa Saham London |
| DAX 40 (DAX) | Germany | 40 syarikat terbesar di Bursa Saham Frankfurt |
| CAC 40 (FCHI) | France | 40 saham terbesar di Euronext Paris |
| Nikkei 225 (N225) | Japan | 225 syarikat besar di Bursa Saham Tokyo |
| Hang Seng Index (HSI) | Hong Kong | Syarikat terbesar di Bursa Saham Hong Kong |
| Shanghai Composite Index (SSE) | China | Semua saham yang didagangkan di Bursa Saham Shanghai |
| Euro Stoxx 50 (STOXX50E) | European Union | 50 syarikat terbesar di Zon Euro |
| MSCI World Index (MSCI) | Emerging countries | Saham besar dan pertengahan dari 23 negara maju |
| ASX 200 (XJO) | Australia | 200 syarikat terbesar di Bursa Saham Australia |
| Sensex (BSE30) | India | 30 syarikat utama di Bursa Saham Bombay |
| Nifty 50 (NIFTY) | India | 50 syarikat teratas di Bursa Saham Nasional |
| Russell 2000 (RUT) | United States | 2,000 syarikat kecil di US |
Dalam memahami maksud indeks, kita juga perlu tahu cara ia dikira. Indeks saham dikira dengan pelbagai kaedah bergantung pada faktor seperti saiz pasaran syarikat, sektor industri atau kecairan. Walau apa pun, setiap indeks mewakili kumpulan syarikat atau sektor tertentu.
Beberapa kaedah utama ialah:
● Kaedah Berasaskan Harga (Price-Weighted Method):
Dalam kaedah ini, harga saham dalam indeks menentukan nilainya. Saham dengan harga lebih tinggi memberi pengaruh lebih besar terhadap pergerakan indeks, tanpa mengira saiz keseluruhan syarikat. Contoh terkenal bagi indeks berasaskan harga ialah Dow Jones Industrial Average (DJIA).
● Kaedah Berasaskan Modal Pasaran (Market Capitalisation-Weighted Method):
Pengiraan indeks dipengaruhi oleh jumlah modal pasaran syarikat yang menjadi komponennya. Saham dengan modal pasaran lebih besar memberi impak lebih ketara terhadap indeks. Indeks seperti S&P 500 dan NASDAQ-100 menggunakan kaedah ini, menjadikannya salah satu pendekatan yang paling banyak digunakan.
● Kaedah Berasaskan Berat Sama (Equal-Weighted Method):
Kaedah ini memberikan berat yang sama kepada setiap saham, tanpa mengira harga atau modal pasarannya. Perubahan harga mana-mana saham mempunyai kesan yang sama terhadap indeks. Indeks berasaskan berat sama memberikan gambaran prestasi yang lebih seimbang tetapi kurang digunakan kerana kesederhanaannya.
● Kaedah Berasaskan Faktor Asas (Fundamental-Weighted Method):
Berbeza dengan kaedah tradisional, pendekatan ini menggunakan faktor asas seperti pendapatan, dividen, atau hasil untuk menentukan pemberat setiap saham. Ia bertujuan untuk mencerminkan kesihatan kewangan syarikat dan bukan hanya harga pasaran saham.
● Kaedah Berasaskan Sektor (Sector-Based Weighting):
Dalam kaedah ini, saham dikumpulkan dan diberi pemberat berdasarkan sektor yang mereka wakili. Prestasi indeks mencerminkan prestasi pelbagai sektor dalam ekonomi.
Setiap kaedah menawarkan pandangan unik dan memenuhi keperluan pelabur serta analisis yang berbeza. Pemilihan kaedah bergantung kepada tujuan indeks dan aspek pasaran yang ingin diketengahkan.

Walaupun maksud indeks ialah penunjuk pasaran, ia juga boleh didagangkan. Antara instrumen popular:
● Indeks CFD:
Kontrak untuk perbezaan (CFD) indeks adalah instrumen derivatif popular untuk berdagang pelbagai indeks. Instrumen ini mempunyai ciri yang sama seperti CFD lain, tetapi ia menjejaki harga indeks asas. (Bahagian seterusnya dalam bab ini akan membincangkan indeks CFD dengan lebih mendalam).
● Niaga Hadapan Indeks:
Niaga hadapan indeks adalah kontrak derivatif untuk membeli atau menjual indeks pada harga yang telah ditetapkan pada tarikh tertentu di masa hadapan. Kontrak ini adalah standard dan sering didagangkan di bursa, menjadikannya sangat cair dan telus.
● Indeks Option:
Opsyen indeks ialah kontrak derivatif yang memberikan pedagang hak untuk membeli (opsyen panggilan) atau menjual (opsyen letak) indeks pada harga yang telah ditetapkan dalam tempoh tertentu, tetapi tanpa kewajipan untuk melaksanakan transaksi tersebut.
● ETF Indeks:
Dana dagangan bursa (ETF) indeks didagangkan seperti saham biasa di bursa. ETF ini diterbitkan oleh syarikat tertentu untuk menjejaki harga indeks asas. ETF indeks sangat popular dalam kalangan pelabur jangka panjang kerana ia sangat cair dan mempunyai yuran pengurusan yang rendah.
● Dana Amanah Indeks:
Dana amanah yang menjejaki indeks mengumpulkan dana daripada pelbagai pelabur untuk membeli saham asas dalam satu indeks. Dana ini diuruskan secara profesional dan dibeli serta dijual berdasarkan nilai aset bersih (NAV) pada penghujung hari dagangan. Walau bagaimanapun, dana amanah selalunya mempunyai yuran pengurusan yang lebih tinggi berbanding ETF.
Terdapat beberapa cara lain untuk berdagang indeks, seperti pertaruhan spread dan swap. Walau bagaimanapun, instrumen ini sering terhad kepada kawasan geografi tertentu (seperti pertaruhan spread yang popular di United Kingdom kerana tujuan cukai) atau lebih sesuai untuk institusi (seperti swap yang sering disesuaikan dengan keperluan tertentu).
Kontrak untuk Perbezaan (CFD) ialah instrumen derivatif yang membolehkan pedagang berspekulasi terhadap pergerakan harga indeks tanpa memiliki aset asas. CFD Indeks membolehkan perdagangan dengan leverage, posisi panjang dan pendek, serta kos transaksi yang lebih rendah.
Kontrak ini membolehkan pedagang mengambil posisi panjang (long) dan pendek (short) secara leveraged berdasarkan jangkaan prestasi indeks asas. Ia sangat popular dalam kalangan pedagang indeks yang aktif.
Selain CFD, terdapat banyak instrumen lain yang membolehkan perdagangan indeks. Namun, berdagang CFD Indeks mempunyai beberapa kelebihan berbanding instrumen perdagangan indeks yang lain:
CFD indeks dihargakan berdasarkan indeks pasaran saham asas yang diwakilinya. Harga CFD mencerminkan pergerakan indeks tersebut, yang biasanya disebut dalam mata (points).
Faktor utama yang dipertimbangkan dalam penentuan harga CFD indeks adalah:
● Harga indeks asas:
Harga CFD indeks secara langsung berkait dengan harga indeks asasnya. Sebagai contoh, jika anda berdagang CFD FTSE 100, harga CFD akan bergerak selari dengan harga Indeks FTSE 100. Jika Indeks FTSE 100 berada pada 7,500 mata, CFD juga akan berharga sekitar 7,500.
● Spread:
Spread ialah perbezaan antara harga beli dan harga jual CFD. Ia juga dikenali sebagai bid-ask spread (bid ialah harga jual instrumen, manakala ask ialah harga beli). Spread sering menjadi sumber pendapatan utama bagi broker CFD. Broker biasanya memperoleh keuntungan daripada spread.
● Saiz kontrak dan nilai mata:
Saiz kontrak CFD indeks merujuk kepada jumlah indeks asas yang diwakili oleh satu kontrak CFD. Sementara itu, nilai mata menunjukkan jumlah wang yang diperoleh atau hilang oleh pedagang bagi setiap mata pergerakan indeks. Parameter ini bergantung kepada broker dan indeks yang didagangkan.
● Pelarasan dividen:
Harga CFD bagi indeks yang mengandungi saham yang membayar dividen (seperti S&P 500 atau FTSE 100) sering diselaraskan ke bawah untuk mengambil kira pembayaran dividen.
● Faktor pasaran lain:
Beberapa faktor pasaran lain, seperti data ekonomi dan peristiwa geopolitik, juga boleh memberi kesan tidak langsung terhadap harga indeks. Peristiwa ini sering menyebabkan turun naik (volatiliti), yang secara langsung mempengaruhi spread yang ditawarkan.

CFD indeks mempunyai ciri yang sama seperti CFD lain, sama ada forex, saham, atau komoditi.
Mari kita fahami CFD indeks dengan satu contoh.
Katakan anda seorang pedagang dan ingin mengambil posisi pada CFD FTSE 100. Berdasarkan analisis anda, anda menjangkakan bahawa FTSE 100 akan meningkat dalam beberapa hari akan datang.
Jika FTSE 100 kini didagangkan pada 7,500 point dan broker menetapkan bahawa setiap mata FTSE 100 bernilai £1:
Langkah 1: Membuka posisi dagangan
Anda memutuskan untuk mengambil posisi beli (long) 1 CFD bagi Indeks FTSE 100 pada 7,500 point. Oleh itu, bagi setiap point yang FTSE 100 bergerak naik atau turun, anda akan memperoleh atau kehilangan £1.
Langkah 2: Pergerakan harga
Jika FTSE 100 meningkat kepada 7,550 point selepas beberapa hari, posisi anda akan memperoleh keuntungan sebanyak 50 point.
Dalam kes ini, profit dagangan = 50 point x £1 per point = £50 profit.
Langkah 3: Menutup posisi
Jika anda memutuskan untuk menutup posisi pada 7,550 point, anda mengunci keuntungan sebanyak £50 dengan menjual posisi CFD anda.
Di dunia sebenar, kebanyakan pedagang tidak perlu bayar nilai kontrak penuh (£7,500). Broker menawarkan leverage, iaitu kemudahan untuk mengawal posisi besar dengan modal kecil.
Dengan leverage 5:1, anda hanya perlu keluarkan margin 1/5 daripada nilai kontrak:
Walaupun anda cuma letak £1,500, keuntungan/kerugian masih dikira berdasarkan nilai penuh kontrak (£7,500).
Senario 1: Dagangan Menguntungkan
Jika FTSE 100 meningkat kepada 7,550 point, keuntungan 50 point anda menghasilkan £50 profit.
Pulangan pelaburan = £50 profit/ £1,500 margin = 3.33% profit ke atas margin anda.
Senario 2: Dagangan Rugi
Jika FTSE 100 jatuh kepada 7,450 point, anda akan mengalami kerugian sebanyak 50 point (7,500 – 7,450).
Kerugian = 50 point x £1 per point = £50 kerugian.
Return on investment = £50 loss / £1,500 margin = 3.33% loss on your margin.
Ringkasnya:
Bagi pedagang yang aktif, berdagang indeks menggunakan CFD adalah pilihan yang lebih baik kerana instrumen ini fleksibel, kos efektif, dan mempunyai halangan kemasukan yang rendah.
Maksud indeks bukan sekadar penunjuk pasaran – ia juga membuka peluang pelaburan global. Dengan memahami bagaimana indeks dikira, jenis indeks yang popular, dan cara berdagang menggunakan CFD, anda boleh memanfaatkan potensi pasaran dengan strategi yang lebih berkesan.
Untuk mula berdagang, Ultima Markets menawarkan CFD Indeks seperti S&P 500, NASDAQ, Nikkei 225 dan FTSE 100 dengan leverage fleksibel, kos kompetitif serta perlindungan dana yang kukuh.
Penafian: Maklumat yang disediakan di sini adalah semata-mata untuk tujuan penyampaian maklumat dan tidak merupakan, serta tidak boleh ditafsirkan sebagai, nasihat kewangan, pelaburan, undang-undang, atau nasihat profesional lain dalam apa jua bentuk. Sebarang kenyataan atau pandangan yang terkandung dalam dokumen ini tidak boleh dianggap sebagai cadangan atau saranan oleh Ultima Markets atau mana-mana pihak yang berkaitan terhadap sebarang produk pelaburan, strategi, atau transaksi tertentu. Para pembaca dinasihatkan agar tidak bergantung sepenuhnya kepada kandungan ini dalam membuat sebarang keputusan pelaburan dan digalakkan untuk mendapatkan nasihat bebas yang sewajarnya daripada penasihat kewangan bertauliah.